
Dulu aku akui yang aku sedikit kebudak budakan. Sikap panas baran yang tidak mengenal tempat telah membawa aku kepada pelbagai situasi. Tetapi...kini insya allah, aku sudah mampu berfikir rasional.
Pengalaman telah dewasakn tindakan dan fikiran ku..mematangkan fikiran aku dan segala pahit getir yang penah dilalui dahulu merupakan guru dalam hidupku. Aku tau yang perjalanan aku masih jauh lagi..atau..mungkin sudah semakin dekat dengan ajalku..
Kadang kala aku cube bersikap matang tapi sikap manusia lain pula yang memaksa. Memaksa diri ini menjadi childish. Biar kita diam, tapi diam kita berisi. Ikut adat dan sikap nenek moyang kita, merantau dengan punya ilmu didada dan hormat sesama manusia di muka bumi kerana kita asal dari yang Maha Esa semuanya.
Benar kata-kata dari pakcik ku dulu. Dahulu dia ada berpesan pada aku dua perkara.
Pertama:
Manusia walau setinggi mana pun pangkat dan pencapaian dalam hidup..tanpa ilmu dan pengetahuan agama...manusia tu sebenarnya tidak punya apa2 langsung di dunia ni..
Kedua:
Untuk menjadi seorang manusia yang sentiasa disenangi ramai..kita perlu bermula daripada bawah...bermula la dengan pelbagai kerja kuli sebelum benjadi seorang penguasa..kerana penguasa seperti ni mampu menjadi seorang diktator yang benar2 dikasihi ramai..
Kadang-kadang ada banyak maksud setiap kata-kata orang tua ni...dan setiap kata-kata ini sentiasa bergerak di fikiran ni tika aku besendirian....dan berfikir..bertapa lemahnya kita sebenarnya di dunia ini...



0 comments:
Post a Comment