Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Wednesday, August 26, 2009

Kisah Adik dan Kakak

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

'Siapa ambil duit ayah?' tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

'Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!' sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, 'Saya yang ambil!'
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

'Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?'
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,'Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!'
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

'Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!'
'Tapi apalah maknanya bang…!' aku terdengar ibu teresak-esak.
'Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?'
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
'Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!'
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….

sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

'Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!'
'Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,' aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

'Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.'
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
'Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.'

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
'Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!'
'Pemuda kampung?' bisikku. 'Siapa?'

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
'Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!'
Sambil tersenyum dia menjawab, 'Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?'

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, 'Akak tak peduli apa orang lain kata.'
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, 'Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.'


Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
'Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.'
'Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.'

Aku menerpa ke biliknya.

Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

''Sakit ke?' aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..
'Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.'

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
'Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?' kata adik.
'Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.'
'Adik tak ke sekolah pun kerana akak.' kata ku memujuk.
'Kenapa sebut kisah lama, kak?' katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

'Siapakah orang yang paling anda sayangi?'

Spontan adik menjawab,

'Selain emak, kakak saya….'katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


'Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.'

''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.'
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

'Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..'

Tuesday, August 25, 2009

klang..

Hari tu kitorang g klang...kiran last day before puasa...saja ja kitorang pegi sana. Lagipun aku ada keluarga angkat kat sana. Ada jugak la tempat nak berteduh. hehehe...Aku ke sana naik kereta aku bersama 2 kawan aku, Syam dan yong dan adik aku,ayang. Kitorang gerak petang jugakla sebab aku nak setting kereta aku dulu baru best nak jalan jauh kan. Jauh 2 dari gombak ke pulau indah. Pegi balik aja dekat 150km.

Kitorang sampai je aku trus apply kat ayah angakt aku motor. Family angkat aku ni ada banyak motor, so xda masalh kalo nak g ronda-ronda ramai2..bila ayah ankat aku bg jer guna motor aku trus g amik motor RG. Sebab motor tu yang paling ok. Yong dah muka sedih dah dapat 100sport nazak. hahaha...Aku naik dengan syam yong plak naik dengan ayang, adik angkat aku follow gak jadi jurupandu arah. hahaha..

kitorang lalu jalan tanah merah wo...tu pegi laguna park. Memang jalan off road la dengan motor yang x seberapa ni. huhu..Benda yang kitorang memang tak boleh lupakan kitorang jumpa suzuki panther bawak pedati kat belakang. Memang lucu gila la..yang segan syam la sebab selama ni dia memang bangga dengan panther dia tu. Tengok-tengok kat klang pak cik tua tu sempoi jer bawak pedati penuh dengan kayu guna panther. Berguling jap la kitorang gelak kat situ..wakakaka.

Sampai je kat laguna park kitorang tengok orang memancing dan ika pelacak. Banyk ikan pelacak dengan ikan buntal kat sana time 2. Memang banyak la ,susah nak cari kat KL macam ni. Bila hari pun dah galap kitorang pun balik sebab takut nak lalu kat jalan offroad tu waktu malam. Tapi memang tinggal kenangan la kat kitorang. Hujung minggu ni ingat nak pegi sana lagi sebab ayah angkat aku dah ada Kelong, boleh memancing. Inya allah aku bgatu lagi peristiwa kitorang kat sana nanti.

Monday, August 24, 2009

Puasa....Ramadhan kembali lagi....

wah....bulan puasa kembali lagi.....ada yang seronok dan ada jugak yang risau. Ni aku ada kisah aku puasa gak la. Aku dulu memang liat nak puasa. Tak tahu la kenapa kan..hehehehe....tapi kenangan yang aku paling tak kan lupakan ada dua.

Yang pertama aku kena duduk kat hospital jaga adik aku yang sakit. Seminggu wo aku camping kat hospital. Dulu time mula-mula ayah aku suruh aku duduk jaga adik aku, takut gak la sebab pikir kat hospital kan banyak cerita hantu. Tapi bila pikirkan yang hantu setan suma kena rantai kat kampung halaman dorang, aku pun gagahkan jugak la diri aku ni tuk jaga adik aku.

Time aku jaga adik, memang teruji jugak la keimanan aku. Adik aku tu boleh pulak tak puasa..bila ada aje MA hantar makanan, dia bedal macam tak penah jumpa makanan. Aku ingat lagi yang makcik2 kat sebelah tu suma lari bila tengok adik aku makan. Tak tahan dorang cakap kalau tengok. Hahahaha...Aku ni pulak yang benda depan mata boleh jer tahan...hehehe...tapi aku puasa full time jaga adik aku tu. Satu hari pun tak tinggal.

Yang kedua ni lagi perit. Time aku mula-mula masuk universiti dulu. Aku ni dulu kurang sikit bercampur dengan masyarakat. Time puasa tu duduk la makan sorang-sorang. Ada sekali tu aku memang tengah xda duit tuk belanja. Dah ujung bulan kan, aku tunggu azan then aku minum air masak yang memang dah tersedia. Lepas tu aku hisap rokok sebatang.

Then aku solat magrib. Lepas solat aku pun terus masak megi tuk makanan berbuka aku. HUHUHUHU...susah dulu time belajar..duit kurang..kawan pun kurang..memang kena pandai2 sendiri..hehehe..

Ni lah dua pengalaman aku yang sukar tuk dilupakan....kalo koang ada pengalaman boleh juagak kita berkongsi bersama kan..

SElamat berpusa seuma...

Wednesday, August 19, 2009

Menilai seseorang


Kita bila jumpa seseorang yang baru mesti tengok luaran dia dari atas sampai bawah kan. kemudian macam-macam persoalan akan timbul dalam fikian kita. Ok ke dia ni, selekeh betul, cantiknya dan macam-macam lagi. Betul tak?...cuba kita kenang balik suma tu...

Aku pun macam tu jugak la. Pada aku la, aku lagi suka mendekati orang-orang yang nampak macam liar dah nakal bebanding orang yang nampak macam skema dan baik. Bukan aku nk cakap yang suma orang yang skema ni jahat, tapi kebanyakan yang aku kenal banyak yang jenis penting kan diri dan makan kawan. Yang liar dan jahat ni memang kita dah nampak dorang macam tu kan, so kita pun dah standby awal-awal suma tu.

Dulu time aku belajar aku ingat lagi kat sorang minah ni. Sama kos dengan aku. Sama batch lagi. TApi dia lagi tua dari aku la sebab dia masuk U aku dengan diploma, aku pula dengan sijil matrikulasi. Kes dia ni la kan, aku sendiri tak tau apa masalh dia dengan aku. Ada saja yang tak kena pada pandangan dia. Hari-hari jaja nama aku dan cakap benda2 yang buruk tentang aku. dah la 2, banyak benda yang tak betul dari betul. Nasib baik la ada jugak dua tiga orang yang sentiasa beckup aku. Aku pun tak tau yang dorang beckup aku, Thanks my friends.

Tentang minah ni la kan, aku dah la jarang bercakap dengan dia. Kira kalau dibuat karangan BM la kan, Tak samapi 100 patah 50 patah perkataan aku bercakap dengan dia selama tiga tahun aku blaja. Kadang-kadang aku tertanya tanya apa dosa yang penah aku buat dengan dia. DAh la buat buruk kat aku, penah sekali tu dia mintak tolong aku repair motor dia, aku cakap la yang aku tak boleh buat, kena hantar bengkel, siap suruh aku pegi anta motor dia kat bengkel sorang-sorang. Sorry r,kang nanti kalau bengkel tu charge harga mahal aku jugak yang dia marah. Bila aku suruh dia follow sekali dia cakap dia banyak kelas. Padahal kelas dia dengan aku sama jer...pening aku dengan pompuan ni. Then aku terus cakap cari orang lain la. Benda ni jadi masa kitorang 2nd year. Tapi dari freshy lagi dia macam tak puasa hati jer kat aku. Ntah la..biar la,jangan sentuh aku je dah la.Tu amaran dari aku.

Sampai sekarang kot aku tertanya tanya tentang hal ni. Sampai kalau aku rapat dengan sesapa kat fakulti mesti dia akan persoalkan dekat budak tu kenapa rapat dengan aku..pelik pelik...macam ni punya manusia pun ada. Padahal aku tahu rahsia hidup dia yang memalukan. Tu pun dari kawan rapat dia yang cerita kat aku lepas tengok dia macam ashik serang aku je. Tapi aku tak nak dedahkan sebab aku fikir dunia ni bulat, nanti mesti dia akan terima balasan dari Tuhan jugak.

Kepada yang berkenaan aku harap sedarla akan kekurangan diri anda sebelum anda sedar akan kekurangan diri orang lain...renungkan la k..

Chaw..

Tuesday, August 18, 2009

Mengejar kesempurnaan..


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke da
lam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ..........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah ka
RLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. .....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada t
mu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan Takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika
kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya. .....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Monday, August 17, 2009

Minggu baru...

Kejap je je kan dah mula balik hari Isnin. Tapi dua hari cuti ni kira puas gak la aku berjalan..Sabtu dari siang sampai ke pagi berjalan jer keje aku. Ahad plak g karoke...wakakaka..letih gak la. Hari ni dah mula balik hari Isnin. Hari keje.Kena bangun pagi dan kena siap2 g ofis.

Berat gak la hati ni nak g ofis. Tapi dah tangungjawab kan. Bak kata ayah aku "hidup ni kita akan ada banyak tanggungjawab dan terserah pada kita untuk manage suma tanggungjawab 2" Penuh makna kan kata-kata ayah aku tu. Kalau korang nk tau, ayah aku ni la aku punya pakr motivasi. Kalau aku ada problem apa-apa memang aku akan cakap dan tanya pada dia. Cuma kadang-kadang aku ni ego, tak nak mengalah dengan dia. Tu yang mama aku cakap yang aku ni keras kepala skit.hehehe..

Semalam time aku lepak ngan member kat kedai Cha Koperasi polis, member aku suma gelak sakan kat aku. hahaha....sebab aku cakap sarawak ngan awek aku. Yes, awek aku orang sarawak..orang Tabuan. Ada ke patut member aku cakap aku menurun.hahahha....aku gelak jela..sebab bahasa sarawak memang lain dari bahasa kita kat semenanjung ni. Apa-apa hal aku sempoi, awek aku pun sempoi..relax2 sudah..

Mama aku pun dah mula tanya kat aku dah bila nak kawin. Aku diam jer...tapi kadang-kadang aku jawab gak.."tunggu la bila pejai dah ada rumah sebijik baru pejai pikir pasal kawin" then bila mama aku dengar aku cakap macam tu dia pun diam jela.
hehehehe....kalau ayah aku memang dia takkan tanya benda2 macam ni.sebab dia lelaki gak kan, so ayah aku mesti faham jiwa orang lelaki ni. hehehe..like father like son. Nasib baik adik bradik aku semua lalaki, tu yang suma like father perangai.hehehe... kesian plak kat mama aku kan. takda geng....Tunggu menantu jela kalo nak ada geng pun. hahaha...

Alright..gua chaw dulu...so...sempoi kan la diri anda ok..tp jangan samapi lupa Tuhan..

Sunday, August 16, 2009

Malam minggu..

Malam tadi aku tido lewat skit...sbb g lepak kat Serdang. BEst gak lepak kat sana. Member aku syam yang bawak aku g sana....ketar lutut aku naik moto ngan mamat 2...goyang beb....lama dah x naik moto ni la jadinya...wakakakaka..penakut gak ek aku ni kan...hahaha..

kitorang lepak kat sana ngan kawan syam lagi dua orang..sempoii gak la memb syam ni. Palinh tarik perhatian aku kawan dia yang asal negeri sembilan. Gila ko, pekat siot loghat dia...dah macam Nabil Raja Lawak dah aku tengok dia...hahahaha....apa2 hal dorang memang sempoi..

Balik kitorang ikut jalan MRR2...lama siot tak naik moto jalan jauh-jauh. Tu pun si syam ajak aku pegi PD malam tadi. Gila ke apa aku sound mamat 2. Mau kematu punggung aku nanti...hahaha..
Ok2...time blk pun ada cita lucu gak...time kat cheras..ada ke patut si syam ni break emergency kat tgh2 jalan. Dah la tgh bawak laju time 2....aku kat blakang dah stadby dah nk lompat...Tengok2 sebab nak g kedai mamak kat tepi sinpang 2...sbb masing2 dah tak tahan nak terkucil..wakakaka...gelak sakan kitorang malam tadi...

Balik 2 time sampai kat bulatan jalan kuching yang nk g selayang 2..kat traffic light kitorang nampak ada dalam 8 org budak2 motot. Pergh aku tgk dorang sembank macam terer gila...tapi yang aku nak tegelak 2 ada plak sebijik scooter PASSION antara dorang.
Aku ngan syam apa lagi, gelak sakan la. Dah la nk sembang power, tp bawak motor standart je.
hahaha...gaya je lebih tp motor tak kemana pun.

OK2..kepada mat2 rempit kat luar 2...setting cantik2 motor baru nk sembank ok..lagi satu...tolong la korang tunjuk ajar skit pada pelapis2 korang yang baru nak up 2....sbb korang gak yang malu nanti kalo dorang 2 kena gelak..hahahaha

Friday, August 14, 2009

artis dan idola...

Skang ni aku tgk dunia artis mmg mcm2 crita...dari yg paling membangakan sampai la yg memalukan..tp 2 la cabaran dunia artis kan..

ok2...skang ni gua nk cakap ttg artis yg mmg favorete gua...(btl ke r ejaan aku 2?) AWIE,atau ahmad azhar othman dari kumpulan wings mmg idol aku. Sume lagu2 die aku minat. Xtau r napa...kalo g karoke pun mesti aku nyanyi lagu die r..walau mcm2 cerita aku dengar ttg die tp die tetap idol aku. Lagu2 yg aku minat time die ngan wings dulu macam Jerangkung dalam almari, bujang senang, potret monalisa memamng selalu aku pasang time drive.

Kadang-kadang orang akan tanya aku kalo aku dgr n boleh tau suma lagu2 Wings "kenapa ko bleh minat ngan dorang n tau suma lagu2 dorang padalahal ko kan x lahir lagi time 2" ahh....aku peduli apa...janji aku suka...mmg aku nmapk karisma yg ada kat brother awie ni. Lain dari artis2 yg lain. (aku x gay ok)

Sbb minat btl aku ngan lagu2 dia...mmb2 aku kalo g karoke mmg akan pilih siap2 lagu tuk aku.hahaha.....dua lagu single awie yg wajib aku nyani Bara and Tragedi OKtober.Tapi time die jatuh dulu kesian aku tgk die, mcm2 tomahan dapat kat die padahal die mmg xtau apa2 pun...relax brother awie..tabah n trus tempoh dengan sabar ok..gua tetap sokong brother..

Ok2...aku pun dah mcm reporter majalah hiburan dah .hehehe...kat bawah ni aku tulis skit biagraphy brother awie. aku amik kat wikipedia...hehehe

Ahmad Azhar bin Othman (lebih dikenali sebagai Awie; lahir 28 November 1968) merupakan penyanyi asal Kumpulan Wings.

Beliau dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti kumpulan Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.

Kumpulan Wings adalah kumpulan yang dianggotai Awie sebagai penyanyi utama sebelum bergerak secara solo. Awie kemudiannya memperkembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dan ternyata dia berjaya dalam kedua-dua bidang. Awie kemudiannya mengambil langkah untuk membentuk kariernya sebagai penyanyi solo. Album solo pertama Awie yg berjudul "Awie" diedakan pada tahun 1994 telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan Awie sebagai pemegang rekod penjualan tertinggi pada satu album oleh penyanyi lelaki di Malaysia

Perkahwinan

Beliau berkahwin dengan Arni Nazira Anuar, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998 dan dikurniakan 2 orang anak:

  • Putri Aleeya Antasha
  • Putri Aleefa Antasha

Perceraian

Tetapi pada September 2006, Arni telah membuat tuntuan cerai ke atas Awie. Pada 16 Oktober 2006, beliau telah menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.


OK...keep up brother Awie..

Sarawak..


Ni la negeri yg paling banyak nostalgia kat aku...disini aku bangun dan jatuh...
tahun 2005, bulan Julai aku datang sini. Aku datang sebab aku sambung degree aku dalam Software Enginnering kat UNIMAS..Korang tau aku dtg sini macam pegi blaja kat lar negara...
kat airport sana ada la ajk yg bertugas datg sambut plajar..and naik kenderaan yg disediakan untuk ke unimas.

Benda pertama yang tarik perhatian aku kat sini ialah dorang punya round abaout...besar beb...besar padang bola tau..btl..aku xtipu...mmg aku terkesima gak la tgk round about dorang...kagum2...

Then bermula la idup jadi student ni...masalah utama aku time mula kat sana...ialah kewangan dan transport. Gile ko..ssh beb...kolej dah la jauh ya amat dari fakulti...bas ikut jadual...aku ingat lagi kalo aku ada klas pkl 4 ptg..aku kena naik basa pkl 2 ptg..sbb bas 2 bas last...then baru bas 2 sambung jalan blk bkl 5 ptg..x ke jadi gila kejap aku dudk lama2 2 jam..kematu beb..

Jadi aku nekad tuk bli moto...moto pertama aku yamaha 100sport. x mahal aku bli..aku pkr asalkan ada...tp moto ni prob mcm haram..bawak skit jer mesti meti enjin...time 2 ex-gf aku slalu gelak kat aku bila date guna moto 2...malu bro...tp buat tebal jela muka kan...Tp kalo korang nak tau..moto 2 la yg buat aku dapat kumpl modal tuk bli moto baru tau...moto 2 aku slalu bawak race..kat kuching sana ada satu tempat nama MASJA. kat sana la tempat slalu budak2 moto race...hahaha..ganas gak aku kan g race kat sana..kat kl xnk race plak..

Then aku bli Modenas Kristar..byk crita n sejarah aku ngan moto ni...sedih jer rasa time nk jual dulu...moto ni la modal aku tuk takle pompuan..wakakakaka...

Gamabr ni time aku aku aoutoshow kat sana...saja jer tumpang pingat orang...hehehe..moto aku x de msk bertanding pun...tp moto aku mmg legend kat sana..sbb ada nama aku kat moto 2..wakakakaka....bila jaln suma org knal...hehe

Then aku jual moto ni aku guna kancil...makin lama mestilah kenderaan kita makin bgs kn kn...hehehe..kancil byk bwk aku jln kat sana....siap msk team keta lagi...BCR Belasah Corner Racing...team keta yg ak join kat sana...best wo bdk2 dalm team 2...tp yg plng special ialah..keta aku sorang jer yg standart...yg lain plang kurang pun dah tukar sport ream atau dah letak sound system...huhuhu....2 yg special QAG 1015 yg aku guna...hehehehe

Alright geng...nk g slt jumaat..nnt aku sambaung lagi..

Caw

kehidupan....tika budak2...


Dulu time aku budak2 dulu banyak tempat yang aku dah pegi..daripada kl aku ke selatan, Johor. Lepas tu balik KL blk. benda 2 suma jadi dari aku lihat dunia samapi aku umur 12 thn. Kat sini aku senaraikan tempat yg aku pnah duduk dulu.
  • Kg Berop, Tg Malim, Perak
  • Wangsa Maju, KL
  • Kluang, Johor
  • Cheras, KL
  • Gombak, KL
Suma ni jadi sbb aku anak seorang tentera. Ayah aku salalu je kena pindah. patutnya aku kena pindah agi dari gombak, sbb family aku sume pindah Jitra, Kedah. Tapi aku lari..Hehehehe....lari ke Sarawak.Tempat yang pnuh ngan liku2 hidup aku..nnt aku cita kat korang k...Tunggu...

Time aku kecik2 dulu ayah aku selalu pesan, "Jadi Berani dan jangan hipokrit" . Aku rasa berkesan gak la apa yang ayah aku slau pesan 2. Aku jadi diri aku sakang ni. Aku mmg jenis yang trus trang. hehehehe....thanks dad..

mama aku plak garang tau dulu (tp ayah aku lagi otai..heheh) bleh kata time aku kecik2 dulu..ari2 aku mesti kena marah..dah aku ni nakal sangat..2 yang mama aku asahik marah jer...
tp aku rasa r kan..sbb aku nakal la aku tau mcm2 dalam dunia ni..lagi satu..orang tua2 cakap kan..kalo budak 2 nakal n aktif..maknanaya budak 2 cerdik...huhu...aku x ckp..orang tua2 yang cakap k...

ok2...back 2 da subject. aku dulu byk skolah...
  • sekolah rendah laki2 kluang
  • sekolah rendah kebangsaan jalan raja muda abdul aziz
  • sekolah kebangsaan sri gombak
  • sekolah menegah seri gombak
  • sekolah menengah sains seremban
banyk kan sekolah aku?...byk wo...mcm2 orang aku jumpa..dari pada yg alim sampai la kepada manusia yg diumpamakan musush dalam selimut. Bukan aku nk cakap yg aku ni baik la..aku ni pun manusia yang byk kekurangan. Cuma aku ni yg suka memerhati perangai org. best tau kalo korang amik pro dan contra sikap manusia ni. Sbb manusia ni kan makhluk yang istimewa...

JAdiii....renung renungkan dan...Selamat beramal..

Caw..