Aku kadang2 cuba minitk beratkan adab, dan tertib kita bila berjumpa dengan sesiapa pun. Sebab dengan tertib kita akan dapat banyak ilmu dan manfaat. manusi tidak akan marah jika kita menegur atau datang meminta pertolongan jika dengan tertib. Malah manusia akan seronok yang senang hati dengan tertib yang kita tunjukkan pada mereka
Tapi kenapa aku tengok sekarang manusia sudah tidak lagi menggunakn tertib dan adab yang nenek moyang kita ajar...aku cube memerhati segenap masyarakat. Baik di kampung atau pun di bandar. Sudah kurang orang pandai menggunakan tertib. Yang mereka tahu tertib jumpa YB, Datuk2 dan Sultan. Bagaimana pula dengan masyarakat lain? Mereka juga merupakan khalifah Allah dimuka bumi ini.
Aku cube menekankan tertib pada orang lain, tapi ramai yang tidak dapt terima apa yang aku nak sampaikan. Aku tidak suruh kita sanjung orang, hormat macam nabi. Tapi kita hormat sesiapa pun sebab jika kita horamt orang, pasti orang akan hormat kita semula. Aku berani jamin. Walau langsi macam mana pun orang dengan kita, jika kita tertib dan hormat dia, pasti dia akan melayan kita dengan cara yang sangat elok dan baik.
Aku melayu yang bergama islam. Aku tekankan semula melayu yang beragama islam. Sebab baiknya meyu kerana adanya islam. Semua adab, tatasusila dan tertib masyarakat melayu semuanya berlandaskan agama islam. Kini aku cuba untuk mencontohi orang-orang lama dahulu. Bagaimana tertib dan beradabnya masyarakat kita dulu sehingga bangsa asing begitu mencemburui kita. Kini banyak masalah kaum berlaku. Kenapa tidak kita hormat mereka. Rasul junjungan besar dahulu pun menungjukkan rasa rendah diri dan hormat pada semua orang. Itu nabi, kekasih Allah. Kita juga boleh mencontohi pemimpin kita itu. Tapi kenapa kita tidak ikut, setakat sembahyang tunggang terbalik tapi sikap dan pemikiran masih terpesong. Mana perginya berkat solat yang kita lakukan?..
Mungkin orang berfikir yang aku masih lagi di takuk lama..otak tak maju. Tapi jika kita fikir semula..kerana orang dulu-dulu la kita berjaya sekarang...tak nak kah kita jadi contoh generasi akan datang yang juga akan berfikir mereka berjaya kerna kita? Banga kan kalau macam tu...
"Melayu tak kan hilang didunia"...
Unkapan dari Laksamana Hang Tuah hulubalang Melaka yang begitu di hormati seantero sumetera dan kuasa besar. Kerna budaya Melayu yang ditunjukkan beliau...beliau terkenal dan pada masa yang sama Melayu juga menjadi bualan mulut orang asing.
Cuba la bangsaku...rakan seagamaku...kita renungkan semula bersama2 ungakapan diatas ini semua..



