Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Thursday, September 17, 2009

Andai....wahai kekasih..

Andaikan diizinkan
Ku undur waktu
Akanku susun langkah
Akan ku corak warna
Tiada kelam

Namun apa daya
Andai ada pilihan
Ku ulang detik
Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan ku hurai
Perasaan cinta


Kasih kembalikan
Sinar diri hidupku
Kesempatan kedua untukku pendam semula
Kebahagiaan
Sebuah harapan yang terlerai

Kasih rasailah
Kekesalanku
Kan beralih arah mengejar cinta sucimu
Andai takdir
Mengizinkan mengundurkan waktu


Andai ada pilihan
Ku ulang detik
Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan kuhurai perasaan cinta


Kasih kembalikan
Sinar dihidupku
Kesempatan kedua untuk ku pendam semula
Kebahagian


Sebuah harapan yang telerai
kasih rasailah
Kekal kesalan
Kan ku beralih arah mengejar cinta sucimu


Andai takdir mengizinkan
Ku mengundurkan waktu

Tuesday, September 15, 2009

melayu

Bulan ni aku lebih banyak bercerita mengenai melayu. Apa itu melayu? Terus terang aku katakan walaupun dah 22 tahun aku hidup tapi aku masih lagi tercari-cari makna perkataan ini. Banyak golongan cerdik pandai menafsir malayu dalam teori masing-masing. Pada aku melayu terletak dalam diri kita. Sama ada kita suka atau tidak kita perlu tahu bahawa melayu itu wujud dalam diri dan sifat melayu tetap ada tanpa kita sedari.

Pada waktu sekarang ni banyak budaya melayu yang dah dilupakan. Benda paling mudah senjata malayu. Kebanyakan orang cuma tahu keris. Bagaimana pula dengan parang, kopari, kapak, kerambit dan taji? Ada banyak lagi senjata melayu yang ada. Dan setiap senjata itu juga menmunyai taraf masing-masing dari segi kekuatan, kejituan dan keberkesanan.

Jadi saya cuma hendak berpesan pada semua pembaca dan diri saya sendiri, ingatla sapa diri kita. Asal usul kita. Kita mungkin sekarang dapat gah dan banga kerana sultan dan raja-raja kita masih di singahsana. Tapi bagaimana 50 atau 100 tahun akan datang? Sejarah jugak ada mencatatakan bagaimana sultan kita hilang kuasa dan takhta. Jadi ubah la diri dan percukupkan ilmu demi diri adan anak cucu kita nanti. Keraqna pepatah melayu yang cukup mendalam iaitu

'Umpama padi, makin tunduk makin berisi'

Friday, September 11, 2009

Perginya kekasih hati..

tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sulit ku menyangkal


begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi
karna ku sangat cinta


ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup


satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

di nantiku


satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup


satu jam saja ku telah bisa
sayangi kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

Wednesday, September 9, 2009

buntu dan bingung..

Kadang-kadang kita rasa macam diri kita ni seperti arca yang tak hidup di muzium. Kadang kita rasa macam kita dalam bilik kosong yang jauh dari masayarakat. Suma ini perasaan yang timbul tika kita berada di dalam kelompok ramai tapi hakikatnya kita keseorangan.

Ada kawan tapi murung, ada kekasih tapi kesunyian dan ada keluarga tapi sedih . Tiap manusia pasti akan merasa situasi ini sekali sekala. Member makan member, ada kapel tp mcm xda kapel, ada family mcm xda family.

Sebelm kita salahkan orang lain cuba kita lihat diri kita dulu. Apa kurang atau lebih kita daripada orang lain yang menyebabkan keadaan jadi macam tu. Bila kita dah tengok diri kita pasti kita akan dapt jawapan dalam setiap persoalan.
Kalau kita terseksa bersama kawan kita, kita cari kawan yang baru yang kita rasa lebig selesa bila kita berkawan.

Kalau kita terseksa jiwa dan hati bila kapel, cari aje yang lain sebab hal ni adalah tanda-tanda yang pasangan kita itu tak sesuai dengan kita. Dan kalo terseksa dengan family kita kita kumpulkan suma family dan cakap dan bincang depan-depan. Terima atau tidak tu suma kita tolak tepi. OK?..

Aku just bagi pendapat berdasarkan pengalaman dan ilmu aku yang masih hijau lagi...mitak maaf kalau pendapat aku ni salah...ok..
Chaw..

...Melayu...


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal, Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali, Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keADILan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Allahyarham Sasterawan Negara USMAN AWANG

Tuesday, September 8, 2009

Tiadalah setia itu sekuat setia Melayu kepada Rajanya - Sir Hugh Low, England



Betapa lantang aku mengeluh
betapa kuat aku teriakkan
betapa gamat aku gempitakan
Seperigi airmata aku tangiskan

setelaga ung
kapan penawar sengsara
namun...
manakan sama
manakan bisa dibandingkan
dengan keluh kesah Rajaku
Raja Melayu
di Tanah Melayu...


Tanah tumpah darah keturunanku
di kala gempak gempita ganyang Melayu
berlaku di depan mata anak-biniku
di tepi tepian Istana Tuanku
tercemarlah kata kesat mereka itu
Cis! Kenapakah semua ini boleh berlaku?
Adakah benar daulatku?
Aku Melayu yang terpaku...

walhal dulu, aku jugalah Melayu
yang punya selaut bangga
menentang penjajah yang bermaharajalela
demi menegakkan kedaulatan bangsa...

Akan patik gadaikan
nyawa dan raga

jiwa dan tenaga
tanda taat setia seorang Melayu
yang dahagakan perlindungan Tuanku
dalam arus tak menentu

terumbang ambing ombak menderu
Bukan lagi Melaka alah ditangan seteru
Malah akan dihumbanlah segala rumpunku
dan punahlah segala warisan yang terbeku
Oh Tanah Melayu
Oh Negeri Melayu...

Adalah patik yang lemah bermohon
dibukalah pintu istana Rajaku
dikerahlah segala yang ada
agar penawar menusuk ke kalbuku
diberikan seteguk air sakti

dihulur setitis embun pagi
dibekal sejalur sinar jauhari
agar lenyap rasa bisa di hujung hati
melihat terkubur Melayu jati
fakirlah patik sekalian ini
di tanah tumpah darah sendiri...


diambil dari blog raja menangis.

Thursday, September 3, 2009

Cuti dah abis...huhuhu

Selepas 5 hari aku cuti..kini mula balik kerja...malas gila aku jadinya....huhuhuhu,,
ngantuknya!!!!!!!!!!!!