Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, September 15, 2009

melayu

Bulan ni aku lebih banyak bercerita mengenai melayu. Apa itu melayu? Terus terang aku katakan walaupun dah 22 tahun aku hidup tapi aku masih lagi tercari-cari makna perkataan ini. Banyak golongan cerdik pandai menafsir malayu dalam teori masing-masing. Pada aku melayu terletak dalam diri kita. Sama ada kita suka atau tidak kita perlu tahu bahawa melayu itu wujud dalam diri dan sifat melayu tetap ada tanpa kita sedari.

Pada waktu sekarang ni banyak budaya melayu yang dah dilupakan. Benda paling mudah senjata malayu. Kebanyakan orang cuma tahu keris. Bagaimana pula dengan parang, kopari, kapak, kerambit dan taji? Ada banyak lagi senjata melayu yang ada. Dan setiap senjata itu juga menmunyai taraf masing-masing dari segi kekuatan, kejituan dan keberkesanan.

Jadi saya cuma hendak berpesan pada semua pembaca dan diri saya sendiri, ingatla sapa diri kita. Asal usul kita. Kita mungkin sekarang dapat gah dan banga kerana sultan dan raja-raja kita masih di singahsana. Tapi bagaimana 50 atau 100 tahun akan datang? Sejarah jugak ada mencatatakan bagaimana sultan kita hilang kuasa dan takhta. Jadi ubah la diri dan percukupkan ilmu demi diri adan anak cucu kita nanti. Keraqna pepatah melayu yang cukup mendalam iaitu

'Umpama padi, makin tunduk makin berisi'

0 comments: