Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Sunday, September 19, 2010

Huruf Yang Tiada dalam Surah Al-Fatihah

Selama ini kita selalu membaca Surah alfatihah. Untuk setiap muslim, Sekurang kurang nya setiap hari kita akan membaca surah ini sebanyak 17 kali setiap hari. Saya menjadi tertarik dengan perkara mengenai surah Alfatihah sebab surah ini diberikan kuutamaan dalam hidup seseorang Islam.

Saya pernah terfikir, tak kan sesuatu perkara itu terjadi saja-saja jer dibuat. Pasti ada maksud tersirat disebalik hukum wajib dalam solat yang merupakan tiang agama Islam.

Saya pernah disoal oleh seorang kawan yang saya kenal hampir 5 tahun bulan Julai dulu. Surah Fatihah ada berapa ayat dan huruf apa yang tiada dalam surah fatihah. Saya terus kaku dan menjadi sangat malu untuk bertentang mata dengan beliau sebab saya memang tidak tahu jawapannya.

Setelah dua bulan saya mencari jawapan, kini saya dah temui jawapan semuanya mengani soalan itu. Harapa kita dapat kongsi bersama, andai saya salah saya mohon maaf dan harap diperbetulkan.

Berdasarkan kajian, l-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab). Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Tha' (ث), Jim (ج), Kha' (خ), Zai (ز), Syin (ش), Zho' (ظ) dan Fa' (ف).


Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam kitab Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut. Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama'.

Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu:-

1) Huruf Nuraniyyah (gemerlapan/kilauan)
2) Huruf Zulmaniyyah (kegelapan/kesuraman).

Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod (ص), Ra' (ر), Alif (ا), Tho' (ط), 'Ain (ع), Lam (ل), Ya' (ي), Ha'(هـ)(baca nipis), Qaf (ق), Nun (ن), Mim (م), Sin (س), Kaf (ك) dan Ha' (ح). Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah. Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah, 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah dan bahagian ketiga iaitu 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.

Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir). Maksud fiman Allah:

"Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah"
Surah Faatir : ayat 32

Insya allah dapat kita kongsi sekalian...

0 comments: